Saya pasti ramai yang tertanya-tanya di mana tempat makan yang sedap dan menarik di Labuan kan? Ada yang datang ke Labuan sebab bekerja. Ada juga yang datang sebab melancong. Ada yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ada yang datang dari Semenanjung. Tak lupa juga yang datang dari Brunei.
![]() |
Air warna warni melambangkan masyarakat juga warna warni =) |
Disebabkan kepelbagaian asal usul masyarakat di Labuan, jadi kita boleh nampak yang pelbagai jenis makanan yang dijual di Labuan. Makanan melayu cina dan india ada. makanan orang tempatan ada. Makanan dari semenanjung pun ada.
Tetapi persoalannya, adakah makanan itu menepati citarasa kita? Bahasa mudahnya, sedap ke tak sedap?
Sedap atau tak sedap itu subjektif, bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jadi segala apa yang dikongsikan di blog ini hanyalah pandangan individu-individu tertentu sahaja. Ia bersifat subjektif. Semua orang mempunyai pandangan masing-masing.
Apa yang ditulis hanyalah untuk memberi pandangan dan gambaran terhadap sesuatu makanan atau tempat makan.
Akhir kata, selamat mencuba dan pembaca dialu-alukan untuk memberi komen juga.
Terima kasih.
Labuan foodie =)