Malam semalam tak masak, jadi kami makan diluar saja. Sebab nak pegi meeting di taman mutiara, jadi kami cari mana2 tempat makan on d way ke mutiara.
beberapa KM sebelum sampai mutiara ada satu kedai makan tepi jalan opposite bengkel aluminium. Kedai tu kosong takda customer, kami stop je situ sebab malas nak cari2 lagi.
Aku order nasi goreng pataya, wife kue teow goreng, anak2 makan nasi goreng cina and soto
aku nak komen sikit la..
kalau goreng nasik, tolongla jangan guna mixed vegie frozen.. tak cantik la.. masakan orang malas.. letak la sayur fresh.. potong sendiri..
Kalau orang cakap nk pedas.. pedaskan masakan dengan cili padi. Jangan ko bubuh cili cuka. tak sedap!
Guna la sos cili yang berkualiti sikit. ko lumur cili sos ko atas telur tu terus jadi tak sedap. sos apa la ko pakai.
Tempat makan menarik di Labuan
Blog untuk komen tempat makan sedap di labuan. Sebagai panduan kepada mereka yang melawat Labuan dan mencari tempat-tempat atau kedai makan yang menarik di Labuan.
Sabtu, 4 Februari 2017
Selasa, 31 Januari 2017
Makanan di Palm Beach Resort Labuan
Palm beach ni mmg tempat favorite kami sekeluarga la. Sejak zaman kami sampai labuan 4 tahun dulu lagi. Kami suka tempat ni sebab pantai dia cantik dan suasana dia memang feelling macam holiday la. Tapi satu je yang kureng sikit tempat ni - FOOD.
Pada aku food dia biasa2 je la. Pernah cuba BBQ dinner, breakfast buffet, event food. I would say rasa-rasa dia average jer la. Nothing special.
Pernah kami organize birhday party untuk anak-anak kami dulu. Kami order mini burger, kuew teow goreng, ifnger food macam sweetpotato goreng and pisang goreng dan ada satay. Kami rasa nasib baik order satay sebab tu macam rescue utk the whole event. Makanan lain semua rasa biasa-biasa. Satay saja yang up sikit. The reason kami buat kat sini sebab nak ambiance.. party tepi pantai.. betul la kata orang, u have to choose, u cannot have both. Pilih antara makanan sedap atau ambiance.
MY ADVICE IS, KALAU KORANG NAK BUAT EVENT DI PALM BEACH, BAGUS KORANG TRY DULU LA MAKANAN KAT RESTORAN MEREKA.
Tapi baru-baru ini kami nampak palm beach dah cuba untuk rebranding resort ni. Untuk tarikh lebih ramai pelawat. Antara pembaharuan yang mereka buat ialah tarikan di kawasan berhampiran pandai. Suda ada beberapa buaian di tepi pantai, dan light food boleh di order dari situ.
THIS IS LIKE WOW!!
Now u can have both - ambiance and hopefullly nice food.
Kami haritu cuba beberapa makanan. Kami order Kue teow goreng and sayap BBQ and Milo satu teko kecil (favorite anak kami)
Kuew teow - Harga rm5 sepinggan, harga yang berbaloi. Portion tak sikit dan tak terlalu banyak. kami order sepinggang saja untuk cuba-cuba. Rasanya not bad, ada udang2 halus. Keoteow tak kelihatan 'kosong'. Bukan taraf kue teow asrama skolah.
BBQ wings. satu wing rm3 ringgit. Rasa mmg tasty la. Western style punya BBQ. maybe just marinade dengan salt pepper honey and some butter. Aku rase taste dia better, tak boring macam sayap2 di tempat lain. dengan harga rm3 satu wing, agak kompetitif la dengan penjual sayap lain.
I WOULD SAY PALM BEACH DAH BERJAYA REBRANDING TEMPAT MEREKA. MAKANAN PUN GETTING BETTER.
Cumanya aku tak berapa selesa sebab bau arak yang kuat di sekitara tempat tu walaupun open air. Satu satu bar yang dibuka dekat swimming pool. Disitu la datangnya bau arak. Mmg ramai orand datang melawat palm beach sekarang. dengan bertambahnya orang disitu, permintaan arak pun bertambah. Untuk orang yang sensitif dengan isu arak ni, mungkin ni satu setback.
Suasana dah cantik, makanan dan better, tapi bau arak ni boleh jadi faktor penolak.
Sekian saja ulasan saya kali ini. tq
Selasa, 18 Oktober 2016
Blog makan-makan di Labuan
Saya pasti ramai yang tertanya-tanya di mana tempat makan yang sedap dan menarik di Labuan kan? Ada yang datang ke Labuan sebab bekerja. Ada juga yang datang sebab melancong. Ada yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ada yang datang dari Semenanjung. Tak lupa juga yang datang dari Brunei.
![]() |
Air warna warni melambangkan masyarakat juga warna warni =) |
Disebabkan kepelbagaian asal usul masyarakat di Labuan, jadi kita boleh nampak yang pelbagai jenis makanan yang dijual di Labuan. Makanan melayu cina dan india ada. makanan orang tempatan ada. Makanan dari semenanjung pun ada.
Tetapi persoalannya, adakah makanan itu menepati citarasa kita? Bahasa mudahnya, sedap ke tak sedap?
Sedap atau tak sedap itu subjektif, bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jadi segala apa yang dikongsikan di blog ini hanyalah pandangan individu-individu tertentu sahaja. Ia bersifat subjektif. Semua orang mempunyai pandangan masing-masing.
Apa yang ditulis hanyalah untuk memberi pandangan dan gambaran terhadap sesuatu makanan atau tempat makan.
Akhir kata, selamat mencuba dan pembaca dialu-alukan untuk memberi komen juga.
Terima kasih.
Labuan foodie =)
Langgan:
Catatan (Atom)